Assalamua'laikum saudara seislamku..

hanya cinta Allah yang kudamba..semoga perakhirannya bertemu Illahi..

salji

assalamu'laikum..


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, 9 January 2012

salam sayang bt yg membaca..

assalamua'laikum...salam kasih beserta sayang bt pembaca.
selawat dan salam kpd junjungan kekasih Allah, Rasulullah s.a.w.

surat untuk dia..
semoga kamu berada dlm dalam lindungan Allah.

wahai imamku..
maafkan aku, andai aku tidak menjaga diriku, imanku, dengan sebaiknya.
maafkan aku andai aku tidak menjaga pandanganku, tidak menjaga pergaulanku.
seboleh mungkin aku menjaganya sayangku..
sehabis daya aku menjaga auratku, membatasi pergaulanku, menghijab pandanganku dari yang bukan hakku..

namun..
maafkan aku kasihku.
andai aku tidak seelok pekertimu.
aku jua sedang berusaha menjadi yang solehah untukmu..
kerana aku yakin, kau jua sedang menjaga dirimu,
untuk menjadi imamku..
suami kepada insan yang serba kekurangan.

aku banyak kekurangan.
ku harap, kekuranganku adalah kelebihan buatmu.,
insyaAllah aku akan sedaya upaya menerima kekuranganmu menjadi kelebihan buatku..

cukup dulu coretan hati ini..
maafkan aku wahai imamku.
aku cukup rindu akan dirimu.
tidak sabar rasanya untuk mengetahui siapa dirimu yang sebenar..



seikhlas hati,
insan serba kekurangan.







No comments:

Post a Comment